Thursday, 17 December 2009

maal hijrah - 1 muharram 1431


satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi saw & umat islam
dari kota mekah ke kota madinah


atas keyakinan iman yang teguh
kaum muhajirin & kaum ansar bersatu
rela berkorban harta & nyawa
demi menegakkan islam tercinta


hijrah itu pengorbanan
hijah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduaan


oleh itu mari semua
kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam

untuk sepanjang zaman.. muharram, safar, rabiulawal, rabiulakhir, jamadulawal, jamadulakhir, rejab, syaaban, ramadan, syawal, zulkaedah & zulhijjah

diriwatkan daripada abdullah bin amr ra: "nabi muhammad saw pernah bersabda - seorang muslim adalah orang yang tidak merugikan muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. dan seorang yang berhijrah (muhajir) adalah orang yang meninggalkan semua larangan allah swt" (al bukhari)

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALLI MUHAMMAD

credits: flickr - iluvislam.com - myspace.com - various source

1 comment: