Monday 29 August 2011

1 syawal 1432



nikmat setelah perang bersama hawa nafsu di bulan ramadan.. tetapi perlu kah engkau tinggalkan ibadah suci sekarang? hari lebaran atau hari raya aidil fitri maknanya kembali fitrah & terus mengamalkan tuntutan Allah & Rasul Nya (Nabi Muhammad SAW).. maju terus bro!

interaksi sesama manusia adalah utama, hari raya sudah hak nasional & tradisi... tetapi silaturahmi pula adalah mutlak untuk selama lamanya dalam kehidupan zahir & batin

dua jenis manusia tidak akan mencium bau syurga - 1. memutuskan silaturahim (jika yang sudah kembali ke Rahmatullah, perlu hubungan diteruskan dengan doa al fatihah, tahlil, bacaan al Quraan, menghadiahkian pahala amal jariah wang ringgit, beras, gula), 2. tetangga yang jahat (tafsir tetangga termasuklah teman karib, ketua jabatan, keluarga serumah, kawan sesama berkerja). jika bau syurga tidak tercium, ruang selasa mu pastinya neraka jahanam..

ingatlah kemeriahan tidak semua merasainya... si kaya tanpa iman banyak meminta keuntungan dunawi, kehidupan si fakir pula sering diterajang tanpa kompas (susah mencari hajat harian)

pembaziran kunci persatuan famili iblis dan syaitan...

semua manusia inginkan syurga tetapi ada tiga golongan perlu diamati, mana satu pilihan mu bro? 1. masuk syurga 2. masuk kedalam syurga 3. penghuni syurga. pilihlah bro..hahahaaaaa....jika masuk syurga engkau hanya lah masuk, kalau masuk kedalam syurga engkau boleh santai tapi tidak kekal... menjadi penghuni syurga pula, title deed (garan tanah) nya kepunyaan mu! berdoalah menjadi penghuni syurga & insyaAllah ada hikmah nya nanti...

jangan bermain minyak diatas api... jangan lah engkau idamkan supaya Allah SWT berpaling dari mu di akhirat nanti (kawan, mertua & adik bermasam muka, engkau terasa hina, apa pula jika Allah SWT murka atas dosa, subahat & maksiat mu?). inilah kemalangan 'jalan raya' sungguh derita & bankrap mengerikan secara total...

memberi maaf ada kemulian... pemaaf akan dikurniakan rezeki luas lagi berkah.. tiada maaf tiada lah silaturahmi sesama ummah.. hancur hina lah amal ibadah...

yang dahulu memberi salam dan maaf akan dinobatkan sebagai insan beraroma wangi dimata warga langit (para malaikat akan mendoakan mereka, pastinya!). ini bukan soal siapa tua atau muda, si pendahulu membuat baik adalah fitrah suci dan layak menjadi role model yang bertakwa

solat & doa adalah jati diri setiap insan.. cuba tanya lagi, diterimakah solat dan doa mu selama ini? sudahkah engkau mensyukuri nikmat yang ada? siapa diri ini untuk meraih keselamatan fitrah sebenarnya? jawapan ini ada dalam kesihatan rohani mu dan pasti dinampakan pada perbuatan zahir mu!

sehat betul ulat ini bro...mohon ia nya tidak menjadi teman kita di alam kubur nanti... sebelum tiupkan sangkala pertama bergema, sang ulat ini akan masih patuh dan santai bercumbu bersama mu.. adakah pertanyaan malaikat dalam kubur nanti 'mengapa engkau mati?', perlu kah aku jawab 'stroke...sakit jantung.. kena bunuh..accident.. darah tinggi.. cancer..' hahahaaa....hahahaaaaa.. bodoh! jahil sungguh! malaikat menunggu iman & keislaman mu! jika maksiat subahat terlalu banyak sang ulat lah mencintai mu...
(AMALAN subahat riba, cukai/tax, interest bank... sudah menjadi makanan zahir & batin warga dunia setiap detik perjalanan jarum jam kita, maksiat ini dianggap penyelamat dana hasil dunia... SALAH! itu lah dosa tidak nampak dari mata kasar... keimanan berlumur najis!.. mengapa panduan selain Al Qura'an & Hadith Rasulullah SAW di amalkan? mengapa masih mahu menumpang semangkok sistem ala kafirun... syurga itu merindukan siapa? pasti mereka yang berjuang, menjunjung dan menzahirkan perintah Allah & Rasul Nya)

dalam fitrah ada kebaikan, kesucian, keindahan & kebenaran. apa erti fitrah itu?

fitrah ialah sifat dan watak modal suci. dalam mikrokokosmos (dunia kecil) manusia merupakan bentuk lahiriah dari makna batiniah. sifat & watak modal suci pertama kali tampak pada Perjanjian antara Allah SWT dan anak keturunan Nabi Adam a.s. yang belum diciptakan. setiap anak dilahirkan sesuai dengan Perjanjian ini. apa pula Perjanjian itu? (jawapan ada dalam Al Qura'an surah Al-A'raf 7:172, tetapi kehalusan tafsir Perjanjian ada pada diri Mu, sungguh cantik dan lembut islam ini untuk para umat Nabi Muhammad SAW yang mahu berfikir dengan sistem total keimanan )

Allahuma Solli Ala Syedina Muhammad wa Ala Alli Muhammad

Monday 22 August 2011

nikmat bro..


mangrove jack...

cincalok kegemaran croxfiber fishos

berbuka puasa bersama kebab..oooohh nikmatnya

game on beb!

telor masin untuk bersahur

wow!

kering tekak ini obat nya...

ikan masin.. enaknya tak terkata

santai..

tom yam..

kaki ayam???

terbakar..dibakar..perut membakar juga hahaaaa

oooo sop kaki ayam...

pisang goreng & ice cream..yummmyyy

Tuesday 16 August 2011

Nuzul Al Qura'an, 17 Ramadan 1432


Rasulullah SAW bersabda - pada tengkuk seseorang dari kalian yang sedang tidur, setan mengikatkan tiga jeratan. pada setiap jeratan setan membisikan 'tidur sajalah, malam masih panjang! (akan tetapi) jika orang itu bangun, lalu berzikir mengingat Allah dan solat, semua jeratan (yang mengikat tengkuknya itu) tertanggal. esok harinya ia merasa segar dan lega. jika ia tidak (tidur terus hingga pagi) ia menjadi orang yang berjiwa busuk, malas dan suka menipu (hadith riwayat abu hurairah ra)

Rasulullah SAW bersabda - sesiapa yang merasakan ada bisikan setan (waswas), hendaklah ia mengucapkan Amantu billah wa Rusulih (aku beriman kepada Allah dan Rasul Nya) - ibnu as sunniy dalam kitabnya mengetengahkan hadis dari umul mukminin 'Aisyah r.a

Allahuma Solli Ala Syedina Muhammad
wa Ala Alli Muhammad


Rasulullah SAW bersabda - apabila tiba hari khamis, Allah SWT mengutus sejumlah malaikat membawa lembaran perak dan pena emas untuk mencatat siapa yang paling banyak bersalawat kepada Nabi Muhammad SAW pada hari khamis siang dan malam jumaat, dan juga pada hari jumaat (hadith riwayat abu hurairah r.a)

kini.. global warming (aura panas ala api neraka) sudah bersahabat bersama kita & sungguh sungguh menakutkan! cuaca bercorak meghairankan, badai ombak melambung tinggi, angin berdansa mengganas, gempa bumi sunggh meriah, kecairan salju memutahkan kelajuannya, tanah susur menghamilkan kesangsaraan, panas menembak hingga ketulang, banjir menerjang rumah dan hartabenda, sejuk mencekik leher... ini lah keuntungan besar kita terima sekarang, cash & carry... mengapa ini terjadi?


mungkin DOSA & MAKSIAT ditunaikan oleh warga dunia (islam & non-muslim) sudah terlalu meriah & hebat. tidak mustahil bahang api nereka ditakdirkan semakin dekat. wahai insan yang bernafas,buka lah minda secara spriritual. subahat adalah juga kunci agungnya dalam hal ini. dosa ku dosa mu, kemurkaan Allah SWT hanya dianggap sebagai andaian & keringkasan hidup demi merakus hasrat darjat duniawi. adakah aku sudah sedia untuk dihadapkan ke mahkamah Rabulizzaati? adakah nafas ku akan lenyap setelah membaca artikel ini? ooooh mungkin 1 jam mendatang atau....bila bila masa???
selamat datang ciri ciri bahang neraka bin aura panas yang nyatanya dinobatkan sebagai kiblat, mutlak lah kini kejahilan manusia kembali tiba..... welcome global warming bersarongkan subahat.. maksiat.. dosa! kamu sudah dijemput atas kebodohan & kelalaian para khalifah dunia* berwawasan kejahilan dan kemunduran otak lupakan dasar Islamiah ajaran Rasulullah SAW

(*(ketua jabatan, menteri, ibu bapa, guru, ahli bisnes, pegawai negara dan manusia bernafas mengakui dirinya Islam)



para umat Nabi SAW diwajibkan membayar zakat & mengamalkan ibadah sedakah. zakat tidak dipungut kepada non-muslim, walaupun orang bukan islam kadang kadang dikehendaki membayar cukai jizyah. masa kini, kaum islam digalakkan membayar tax/cukai pula! ini lah SUBAHAT yang dilaksanakan oleh para pemimpin dunia islam tanpa berkiblatkan Sunnatullah & Rasulullah SAW, subahat ini comelnya dilaratkan kepada semua warga islam di pelusok bumi..

SUBAHAT... bank interest adalah trend indah, pesta riba, keagungan pajak/tax/cukai (maksiat dianggap kecil ini sudah berlumur dalam zahir & batin mu... contoh nyata di praktik kan oleh negara islam kebanyakan nya saperti airport tax, building tax, import / export tax, road tax, income tax, land tax, customs tax) sudah membuat hati kita beku untuk insaf, hilang kesucian diri dan berkah bertukar najis

kesuksesan & cemerlang nya hukum-hakam apabila umat Rasulullah SAW meninggal dunia dan mewariskan harta untuk anak pinak akan di cukai sebagai hasil dana negara (kiblat islam kah ini? atau ajaran ala non-muslim?). si mati mahu menghadap Alllah Rabbulizzaati dengan tenang 'diwajibkan' membayar cukai oleh warisnya? ini kah tuntutan islam? peliknya negara islam masih berpandukan dasar ajaran bukan perintah Allah & Rasul Nya

JIHAD SUBAHAT sudah tidak berfungsi.. mungkin ular inilah famili kita di alam kubur yang indah nanti.. (mobile phone ada buku panduan, kerita ada manual book, para umat Nabi Muhammad SAW pula bagaimana???...... Nuzul Al Qura'an di wahyukan kepada Rasulullah SAW untuk panduan dunia akhirat.. mengapa tidak diwarisi secara betul? Hadith Nabi SAW juga di perlihatkan.. mengapa tidak diwarisi secara betul? mengapa warga islam dunia masih ikut panduan lain? special sangat kah? adakah panduan selain Al Qura'an & Hadith menjamin engkau masuk syurga nanti?)

yang masih bernafas dibumi nyata, merasakan AURA API NERAKA semakin panas, adakah kamu merasakannya sejak tiga tahun lalu? panas sang matahari dekat disisi mu? segala jenis subahat itu adalah maksiat wahai kaum muslimin...

setiap muslim diberi hak untuk merintihkan perkara ini demi kesucian diri & keselamatan ummah.. mengapa tidak ada sifat takut kepada Allah lagi, wahai manusia khalifah dunia? mind-set mu perlu bercirikan islami...

jangan lontarkan apa pengorban mu kepada negara tetapi tanyakan lah apa AMANAH negara islam terhadap PERINTAH ALLAH & RASUL NYA


ceria lah aku jika dapat kembali ke zaman belum baliq.. tanpa dosa & maksiat. apakah sekarang nasi sudah jadi bubur? selagi nafas maish ada.. kemaskinikan lah silap, kelalaian dan dosa mu..



ilmu tanpa amal adalah batil. ilmu dan amal tanpa niat adalah sia sia. ilmu, amal dan niat tanpa sunnah (Rasulullah SAW) tertolak. ilmu, amal, niat dan sunnah tetapi tanpa wara' (kesucian diri) adalah rugi -
wasiat al quthb ar rabbani al habib 'Abdurrahman assegaf (zuriat Rasulullah SAW dari saydina Husain bin saydina Ali bin Abi Talib r.a, ibu saydina Husain ialah saydatina Fatimah azzahra bte Rasulullah SAW). maka wajib lah menghindari subahat dalam kehidupan ini wahai manusia yang bernafas... agar kesucian diri dapat dicapai dengan penuh berkah... insyaAllah

selamat mengagungkan Nuzul Al Qura'an & junjunglah Hadith Nabi Muhammad Rasulullah SAW
.. janganlah diraiikan setiap tahun sebagai tradisi... wajib diamali & dipraktikkan dalam kehidupan kita secara bijaksana.. insyaAllah

Jika umatKu melakukan 15 perkara ini, niscaya bala bencana akan menimpa mereka.. para sahabat bertanya apa itu wahai Rasulullah?
1. jika harta rampasan perang itu bertukar tangan (manusia rakus harta, hak mutlak diabaikan. perang boleh juga ditafsirkan sebagai ahlak mulia)
2. jika amanah di anggap sebagai keuntungan (termasuk subahat riba, cukai/pajak - maksiat ini terlalu halus)
3. jika zakat dianggap sebagai denda (cukai diagungkan sebagai penyelamat)
4. jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri (keadilan total dibuat para wanita)
5. jika anak banyak mendurhakai ibunya (adat dunia lebih mulia dari nasihat ibu yang beriman)
6. jika orang terlampau patuh kepada teman (terutama kepada non-muslim)
7. jika anak disia siakan ayahnya (termasuklah mencampakan anak baru lahir)
8. jika orang suka bertengkar didalam masjid (khutbah duniawi)
9. jika orang rendah mertabatnya menjadi ketua (tiada mindset islam/iman)
10. jika sesorang memuliakan orang lain kerana takut akan kejahatan (darjat dunia diutamakan.. fitnah, tipu daya mencari silap teman dijadikan senjata)
11. jika minuman keras tersebar luas (hukum makruh difatwakan haram untuk semua, dana hasil haram diagihkan untuk rakyat)
12. jika orang banyak memakai kain sutera (sombong, berlagak suci, keindah dunia yang zahir diutamakan)
13. jika para penyanyi wanita diagungkan (suara & gaya mereka dianggap membawa ke syurga, wanita mentadbir negara)
14. jika alat musik diagungkan (Al Qura'an & Hadith diabaikan)
15. jika umat hari ini kembali era jahiliah (menyembah wang harta, menyembah manusia ada kuasa, membuat hukum tanpa ciri Islam mutlak, menyembah adat melalui bahasa & perbuatan, najis zahir batin dianggap suci)


Jika hal 15 ini terjadi, maka tunggulah saat datangnya angin panas, bahaya saperti gempa bumi dan iklim cuaca bertukar - hadith diriwayatkan oleh Tirmidzi r.a. dalam kitab an-Nashaaih ad-Diniyah wal-Washaaya al-Imamiyah Al Imam Abdullah Al Haddad


Friday 12 August 2011

kb


sharptooth jobfish

indah & menawan...

zon magpie 45 km keatas...

21 ekor kerisi bali... yang sound sound kan ikut
famili foto 10 ekor saja hahahaaaaa. santai bro..

Friday 5 August 2011

tengeri layaran


senario tidak begitu bersahabat.. terpaksa
berpatah balik demi keselamatan..

tengeri... esok ku gunting rambut tarus hahaaaa

nyawa layaran tidak begitu memberangsangkan..

assyukurillah...

untuk periok bin perut hahahaaaa

croxfiber fishos generasi mendatang, insallah