Monday 29 August 2011

1 syawal 1432



nikmat setelah perang bersama hawa nafsu di bulan ramadan.. tetapi perlu kah engkau tinggalkan ibadah suci sekarang? hari lebaran atau hari raya aidil fitri maknanya kembali fitrah & terus mengamalkan tuntutan Allah & Rasul Nya (Nabi Muhammad SAW).. maju terus bro!

interaksi sesama manusia adalah utama, hari raya sudah hak nasional & tradisi... tetapi silaturahmi pula adalah mutlak untuk selama lamanya dalam kehidupan zahir & batin

dua jenis manusia tidak akan mencium bau syurga - 1. memutuskan silaturahim (jika yang sudah kembali ke Rahmatullah, perlu hubungan diteruskan dengan doa al fatihah, tahlil, bacaan al Quraan, menghadiahkian pahala amal jariah wang ringgit, beras, gula), 2. tetangga yang jahat (tafsir tetangga termasuklah teman karib, ketua jabatan, keluarga serumah, kawan sesama berkerja). jika bau syurga tidak tercium, ruang selasa mu pastinya neraka jahanam..

ingatlah kemeriahan tidak semua merasainya... si kaya tanpa iman banyak meminta keuntungan dunawi, kehidupan si fakir pula sering diterajang tanpa kompas (susah mencari hajat harian)

pembaziran kunci persatuan famili iblis dan syaitan...

semua manusia inginkan syurga tetapi ada tiga golongan perlu diamati, mana satu pilihan mu bro? 1. masuk syurga 2. masuk kedalam syurga 3. penghuni syurga. pilihlah bro..hahahaaaaa....jika masuk syurga engkau hanya lah masuk, kalau masuk kedalam syurga engkau boleh santai tapi tidak kekal... menjadi penghuni syurga pula, title deed (garan tanah) nya kepunyaan mu! berdoalah menjadi penghuni syurga & insyaAllah ada hikmah nya nanti...

jangan bermain minyak diatas api... jangan lah engkau idamkan supaya Allah SWT berpaling dari mu di akhirat nanti (kawan, mertua & adik bermasam muka, engkau terasa hina, apa pula jika Allah SWT murka atas dosa, subahat & maksiat mu?). inilah kemalangan 'jalan raya' sungguh derita & bankrap mengerikan secara total...

memberi maaf ada kemulian... pemaaf akan dikurniakan rezeki luas lagi berkah.. tiada maaf tiada lah silaturahmi sesama ummah.. hancur hina lah amal ibadah...

yang dahulu memberi salam dan maaf akan dinobatkan sebagai insan beraroma wangi dimata warga langit (para malaikat akan mendoakan mereka, pastinya!). ini bukan soal siapa tua atau muda, si pendahulu membuat baik adalah fitrah suci dan layak menjadi role model yang bertakwa

solat & doa adalah jati diri setiap insan.. cuba tanya lagi, diterimakah solat dan doa mu selama ini? sudahkah engkau mensyukuri nikmat yang ada? siapa diri ini untuk meraih keselamatan fitrah sebenarnya? jawapan ini ada dalam kesihatan rohani mu dan pasti dinampakan pada perbuatan zahir mu!

sehat betul ulat ini bro...mohon ia nya tidak menjadi teman kita di alam kubur nanti... sebelum tiupkan sangkala pertama bergema, sang ulat ini akan masih patuh dan santai bercumbu bersama mu.. adakah pertanyaan malaikat dalam kubur nanti 'mengapa engkau mati?', perlu kah aku jawab 'stroke...sakit jantung.. kena bunuh..accident.. darah tinggi.. cancer..' hahahaaa....hahahaaaaa.. bodoh! jahil sungguh! malaikat menunggu iman & keislaman mu! jika maksiat subahat terlalu banyak sang ulat lah mencintai mu...
(AMALAN subahat riba, cukai/tax, interest bank... sudah menjadi makanan zahir & batin warga dunia setiap detik perjalanan jarum jam kita, maksiat ini dianggap penyelamat dana hasil dunia... SALAH! itu lah dosa tidak nampak dari mata kasar... keimanan berlumur najis!.. mengapa panduan selain Al Qura'an & Hadith Rasulullah SAW di amalkan? mengapa masih mahu menumpang semangkok sistem ala kafirun... syurga itu merindukan siapa? pasti mereka yang berjuang, menjunjung dan menzahirkan perintah Allah & Rasul Nya)

dalam fitrah ada kebaikan, kesucian, keindahan & kebenaran. apa erti fitrah itu?

fitrah ialah sifat dan watak modal suci. dalam mikrokokosmos (dunia kecil) manusia merupakan bentuk lahiriah dari makna batiniah. sifat & watak modal suci pertama kali tampak pada Perjanjian antara Allah SWT dan anak keturunan Nabi Adam a.s. yang belum diciptakan. setiap anak dilahirkan sesuai dengan Perjanjian ini. apa pula Perjanjian itu? (jawapan ada dalam Al Qura'an surah Al-A'raf 7:172, tetapi kehalusan tafsir Perjanjian ada pada diri Mu, sungguh cantik dan lembut islam ini untuk para umat Nabi Muhammad SAW yang mahu berfikir dengan sistem total keimanan )

Allahuma Solli Ala Syedina Muhammad wa Ala Alli Muhammad

No comments:

Post a Comment