Tuesday, 24 January 2012

jerudong 19 km


santai bro..

ali, imah, nur, nana & 4 bebarahan

sham bersama si mata biru

10 kg udang bte prawn heheeeee

excellent table-fish

gamberi sono deliziosi (italian).. udang yang lazat

te quiero (spanish), je t'aime (french), eu te amo (protuguese),
mahal kita
(filipino), Ich liebe dich (german), Ik hou van je (dutch),
আমি তোমায় ভালোবাসি (bengali)... i love you
siapa faham bahasa bengali ahh.. hahahaa

Thursday, 29 December 2011

dua ribu dua belas


moga ceria..

Nabi SAW bersabda "Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit

Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku). Jika ada madu, boleh lah juga sedikit di tahnikkan

Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”


Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.”

Allahuma Solli Ala Syedina Muhammad
wa Ala Alli Muhammad


azam baru... 2012 hasrat & niat akan indah
bagaikan anak baru lahir bernafas

senyuman kambing...

Sunday, 18 December 2011

angin kencang & laut bergelora


Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat)


Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South, Layang-Layang dan Palawan di jangka berterusan sehingga Khamis, 29 Disember 2011... di Brunei Darussalam berwaspada lah juga


credits: Jabatan Meteorologi Malaysia (Bhg. Meteorologi Lautan dan Oseanografi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi/ flickr/ various data

Wednesday, 30 November 2011

amaran!


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore dijangka berterusan sehingga Selasa, 13 Disember 2011

sportsfishos di Negara Brunei Darussalam
berwaspada lah juga dengan senario alami ini...

keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Selasa, 13 Disember 2011. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut

sedia sebelum kena bro..

credits: Jabatan Meteorologi Malaysia (Bhg. Meteorologi Lautan dan Oseanografi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi/ flickr/ various data

Wednesday, 23 November 2011

1 muharram 1433 hijrah


moga ceria beramal ibadah... insya allah

habib munzir bin fuad bin abdurrahman al musawa menceritakan tentang sedekah secara sembunyi.. dari riwayat imam bukhari menyatakan ada seorang lelaki berniat mengumpulkan wang nya dalam 1 tahun dengan tujuan beramal jariah sembunyi sembunyi

seribu dinar dia kumpuklan setahun sudah ternayata. malam tiba, dia keluar dijalanan & nampak seorag wanita tidor disatu lorong."wah ini wanita susah.." secara diam diam dia menutup mukanya dan menyimpan bunguskan kain berisi wang ditempat wanita itu. dia pun berlalu secara perlahan

pagi nya... heboh satu kampung, seorang pelacur menerima sedekah! ia berkata"subuhanallah, salah beri.. aku kira wanita susah ternayata pelacur.. ya allah ini ujian mu untuk ku..."

tapi ia tidak putus asa, ia kumpulkan lagi wang sampai setahun. sekarang aku tidak mau tertipu, pilih – pilih dulu. dilihatnya orang sedang duduk diam saja di satu tempat yang gelap. “ini pasti orang susah”, diberi padanya lalu lari

paginya gempar lagi, pencuri sedang ingin mencuri mendapat sedekah dengan jumlah wang yang besar!

“ya rabb 2 tahun aku bekerja khusus untuk memberi nafkah orang yang susah dengan sembunyi sembunyi. tahun pertama pelacur, tahun kedua pencuri”

dia tidak jera, kumpulkan lagi sampai 1 tahun. “ya rabb ini yang terakhir, kalau sudah masih lagi sampai sedekah bukan kepada mustahiq, ya rabb aku tidak mampu lagi”. dia lihat orang tua tengah malam jalan sendirian dengan tongkatnya tertatih tatih

“wah ini orang yang pasti berhak". diberinya tanpa berkata kata ...

pagi hari gempar lagi kampung, “ada kabar apa?”

orang paling kaya lagi paling kikir... dapat wang semalam oleh orang yang sedekah sembunyi sembunyi

“ya rabb yang pertama pelacur, yang kedua pencuri, yang ketiga orang paling kaya tapi paling kikir di kampung ku. ya rabb apa arti dari perbuatanku ini?”. ia pun diam & pasrah...

qudrat & iradat allah swt, 20 tahun kemudian... ada dua orang ulama besar adik beradik. murid mereka puluhan ribu, ilmu mereka sungguh luar biasa... dan lelaki yang suka bersedekah secara sembunyi itu memang suka kepada para alim ulama. lalu dia pun menzairahi mereka..

ia berkata “subhanallah! ini ulama adik beradik siapa ayahnya?”. tanya kesana kemari... ternyata 2 orang anak itu adalah ibunya seorang pelacur & tengah malam ada yang memberi sedekah sembunyi

maka ia taubat dan dengan harta sedekah itu...dia mampu menyekolahkan anak anak nya!

allah swt jadikan wang halal itu untuk anugerah anak baik & menjadi ulama besar! pasti pahalanya kembali kepada si pemberi sedekah itu airmatanya mengalir "ternyata yang ku berikan 20 tahun yang lalu, Allah menjadikannya berlipat ganda hikmah nya sampai muncul 2 orang ulama soleh & puluhan ribu orang yang beribadah mengikuti ilmunya" ini lah rahsia ikhlas bersedekah...

tidak lama kemudian ia dengar lagi ada seorang wali soleh wafat. masya-allah ratusan ribu yang mengantar jenazahnya. siapa orang itu?

orang itu dulu pencuri, saat ia sedang rehat & mahu mencuri dia berdoa kepada allah “ya rabb beri aku keluhuran kalau aku dapat rezeki malam ini aku taubat”. ada yang melemparinya wang ditemapat tidornya di kaki jalan... ia bertaubat & menyedahkan juga wang itu untuk insan susah, kemudian beribadah dan ia tidak keluar dari tempat ibadahnya... sampai Allah mengangkat nya menjadi orang wali soleh & mashyur

lantas lelaki yang bersedekah sembunyi itu terharu atas dua kabar & berdoa... ya rabb tinggal yang ketiga, bagaimana dengan orang tua yang paling kaya tapi kikir di kampung kami

ternyata si kaya kikir sudah pindah ke kampung lain & wafat. tapi dia berwasiat agar seluruh hartanya untuk membangunkan baitul maal bagi para anak yatim & fakir miskin. Kenapa? gara gara dia malu tengah malam katanya "dia kaya tapi kikir, tengah malam ada yang sedekahi"

si kaya kikir berkata lagi “ini orang sedekah padaku, sementara aku satu sen pun tak pernah bersedekah. mulai saat ini, aku nafkahkan seluruh hartaku dan harta ini untuk baitul maal”

sedekah itu tidak akan pupuskan harta mu..

fadilat nya rezeki halal & luas... selawat nabi saw

Wednesday, 16 November 2011

grandmarlin


black marlin

connie laurie, 85 beraksi di lautan cairns, australia..."it was just a magical sight to see this huge fish jump out of the water.. it fulfilled a dream!," she said. "i got lifted out of my seat twice as i was pulling it in, but i was able to get it right up to the back of the boat before we released it back into the sea. it was so thrilling battle!"

ini lah rekod tangkapan si nenek manja, hampir 1 ton beratnya & umpannya 12 lb tengeri! sportfishos & nelayan di sana begitu kagum & hairan dengan skill nya menaikan hingga ke dalam bot

catch of the day! nenek ini adalah warga joran sejak kecil, tetapi ini lah kali pertamanya berdansa dengan mahluk-air yang menyoronokan lagi menganas..

credits: dailymail.co.uk/ various data

Thursday, 10 November 2011

dropoffs


badai ala shuffle dance (antak antak jua boat hahahaa)... angin nya menyergarkan badan, 110 kaki kedalamannya, arus tidak bersahabat & matahari menimbak kulit ala bbq heheheeeeee

kabak kabak jua.. lama inda ke dropoffs bah bro hahaaa, sangal jua badan.. palau bin ayung kepala olehnya heheeeee

assyukurlillah... kerapu bini, kerisi hitam & kapas kapas siam (merah)