Monday 4 May 2009

Penghuni bawah Jeti Kg Pudak

0700 hrs May 3, 2009 Hujan membasahi perairan Kg Pudak, denyutan jantung kami tetap ceria walaupun air langit menangis begitu kuat. Jeti Kg Pudak tempat boat kami bermastautin semantara & umpan masih segar untuk dikongsikan ke dalam perairan.

Dibawah jeti Kg Pudak ada dua penghuninya laba laba berbisa & burung layang layang. “Tolong.. tolong, lepaskan aku dari ikatan tangsi ini. Kaki ku terjerat”. Mungkin itu lah tangisan sayu burung layang layang kepada tetamunya, croxfiber.

Kebersihan setelah memancing wajib di patuhi, agar tidak terpadaya mahluk ILLAHI RABBULALAMIN contohnya kisah burung layang layang & baki tangsi ‘bajurit’ di jeti, imaginasi burung tadi bahawa tangsi boleh membina sarangnya walhal terjerat padahnya…


1 comment:

  1. Alhamdulillah, u managed to free the bird & certainly, the bird could feed her babies again.
    Were those fish selungsung & kitang? yummmyyyy

    ReplyDelete