Friday 18 September 2009

fenomena air kemerah-merahan



BANDAR SERI BEGAWAN, Sept 18 '09 - Jabatan Perikanan Negara Brunei Darussalam telah mendapat maklumat bahawa fenomena air kemerah-merahan telah melanda beberapa kawasan di negeri Sabah.

Susulan kepada kejadian pencemaran air kemerah-merahan di perairan negeri Sabah itu, sebagai langkah berjaga-jaga, maka Jabatan perikanan dengan ini menasihatkan orang ramai supaya berhati-berhati dan tidak membeli ikan-ikan kecil dan kerang-kerangan yang tidak diketahui tempat asalnya

Manakala di negara ini, pemantauan menunjukkan perairan negara ini masih bebas daripada pencemaran air kemerah-merahan. Walau bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai adalah diingatkan supaya membuang semua insang, perut dan organ-organ dalaman ikan sebelum dimasak



Dalam pada itu, Jabatan akan memaklumkan kepada orang ramai tentang keadaan terkini dari semasa ke semasa. Orang ramai terutama nelayan-nelayan boleh membantu Jabatan perikanan dengan melaporkan sebarang kejadian perubahan warna air dan jika menjumpai ikan mati pada jumlah yang banyak di kawasan perairan dan pantai-pantai di talian 8717153, 8715005 dan 8787337.

* foto hanya hiasan, tiada ada kaitan dengan informasi diudarakan

credits: media permata / flickr / yahoo / various source

No comments:

Post a Comment