Tuesday, 16 November 2010
Aidil Adha 1431
Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: Dan berfirman Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Allahuma Solli Ala Syedina Muhammad wa Ala Alli Muhammad
"Maka di antara manusia ada yang berdoa 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia', maka tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan Nya" (al- Baqarah : 200-202)
Rasulullah s.a.w bersabda “Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta minta dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam” (At-Tabrani)
i) Sesungguhnya Allah SWT amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain
ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam
iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah, subahat dalam sumber tidak halal, wang pajak atau cukai, cara penipuan, judi dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment