Showing posts with label occasion. Show all posts
Showing posts with label occasion. Show all posts

Friday, 31 December 2010

personakan diri mu...



bot 28 kaki

personakan diri mu...

projek 2011.. beraksi nanti, insallah

aurakan hidup mu..

konsept warna demi keselamatan (jika ada satu hal terjadi ditengah laut, warna ini akan nampak begitu nyata untuk meminta pertolongan atau kami yang memberi bantuan nya)

umpan hidup.. mempersonakan hahahaaa

Tuesday, 16 November 2010

Aidil Adha 1431


Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: Dan berfirman Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Allahuma Solli Ala Syedina Muhammad wa Ala Alli Muhammad

"Maka di antara manusia ada yang berdoa 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia', maka tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan Nya" (al- Baqarah : 200-202)


Rasulullah s.a.w bersabda “Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta minta dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam” (At-Tabrani)

i) Sesungguhnya Allah SWT amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain

ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam

iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah, subahat dalam sumber tidak halal, wang pajak atau cukai, cara penipuan, judi dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga

Thursday, 9 September 2010

salam aidil fitri



maaf zahir batin dipohonkan bersama...

Allahuma Solli Ala Syedina Muhammad wa Ala Alli Muhammad

siakap merah si sang unggah
enak kerapu selungsong menari
ceria kita suasana megah
silaturrahmi aidil fitri



Thursday, 26 August 2010

nuzul al qur'an


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya”

Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu "

17 ramadan 1431

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga perkara akan menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik (famili & harta) dan yang tinggal hanya lah satu ia itu amal ibadah nya "

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus"

Allahuma Solli Ala Syedina Muhammad wa Ala Alli Muhammad

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya '

credits: flickr/ numerous info

Tuesday, 10 August 2010

ramadan 1431



al quran di wahyukan kepada Rasulullah SAW di bulan ramadan


Allahum Soli Ala Syedina Muhammad wa Ala Alli Muhammad



* foto foto para ulama syed / sharif / habib daripada keturunan Nabi Muhammad SAW

credits: flickr/ various data

Wednesday, 14 July 2010

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik



Menjunjung Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan & Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (Sultan ke 29) Selamat Hari Keputeraan ke 64 Tahun - Julai 15, 2010



Allahum Soli Ala Saydina Muhammad wa Ala Alli Muhammad


Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

credits: flickr / various info

Friday, 26 February 2010

Maulidur Rasul SAW, 12 rabiulawal 1431




mihrab tempat khas Rasulullah SAW solat

utusan dakwah islam Rasulullah SAW kepada hercules

rambut / janggut Rasulullah SAW


para syed / habib bernasabkan kepada Rasulullah SAW melalui keturunan syedina Husin bin Ali bin Abi Talib & syadatina Fatimah Azzahra bte Rasulullah SAW

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALLI MUHAMMAD

Monday, 22 February 2010

hari kebangsaan ke 26 pada februari 23, 2010


bulan sabit - lambang islam, ugama resmi negara brunei darussalam
bendera & payung obor obor -lambang kerajaan dibawah seorang raja
sayap - melambangkan keadilan, kedamaian, kemakmuran dan keamanan
sepasang tangan (kimhap) - melambangkan kerajaan sentiasa dalam kesejahteraan, harmoni & kemakmuran
bulan sabit ada skrip arab - bermakna 'sentiasa berbuat kebajikan dengan pentujuk Allah'
dibawah bulan sabit ada tulisan jawi - bertulis 'brunei darussalam'


senario pengibaran bendera negara brunei darussalam
di kampong pudak


stadium negara hassanal bolkiah

masjid sultan omar ali saifuddin

moga bumi negara brunei darussalam sentiasa dalam keberkahan & kesucian zahir dan batin... sebagai umat Nabi Muhammad Rasulullah SAW moga kita sehat & sukses dalam iman & islam di dunia dan akhirat... Amin
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALLI MUHAMMAD